[Bila aku perlukan pemerhati melebihi pendengar....]

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul

*ihsan cik google*
Masa sekolah rendah, ku selalu melompat gembira bila tiba hari ini. Sebab waktu tu homework saaangatlah banyak even hari persekolahan. Cikgu Yasmi [BM nyer cikgu] suka bagi homework karangan yang sangat banyak sehingga setahun tu agak-agak leh terbit Buku Contoh Karangan [tulisan Nadia Farehah Bt. Mohamad]. Bila cuti Maulud nabi [kami panggil].. girangnya hatiku even masa tu karangan tetap banyak nak kena siap, BUT yang pasti tak sebanyak hari biasa. Maklumlah, hari mulia kan, besar hikmahnya bagi kami dak dak kecik yang tak reti apa-apa.

Walaupun aku bukan kategori nakal sangat tapi masih cetek ilmu nak memahami makna di sebalik hari cuti tu. Yang aku tahu, siang aku boleh bersuka ria dan malam baru terhegeh hegeh nak siapkan karangan yang berpuluh tu. Hazabnya masa tu sampai selalu menyumpah dalam hati. Tapi lepas abis sekolah baru terdetik di hati kecilku; " kalaulah cikgu tak dera buat karangan bebanyak dulu, kalaulah cikgu tak hentam dengan buku log 2inci tu, kalaulah cikgu tak piat tangan dengan rotan panjang dia yang kesan lebam tu ku sapu dengan minyak angin cap kapak dikongsi bersama teman teman sekelas....PASTInya aku takkan sehebat itu score paper BM ketika UPSR dan mampu menulis cerpen versi sendiri ketika di bangku sekolah menengah. "

Semangat cikgu mendidik kami waktu dulu, jauh bezanya dengan zaman sekarang. Bukanlah cikgu sekarang dah tak semenggah cikgu dulu, tapi mungkin agaknya murid sekarang tak setabah kami dahulu...Mungkin. bangun awal pagi semata mata nak siapkan homework yang kalau dihimpun boleh siap thesis PHD 5 kali. Namun waktu itu, perasaan takut yang menjadi bekal menahan kantuk yang amat menghilangkan segala rasa malas dan jemu. Kami tabah menyiapkan karangan sambil membayangkan rupa cikgu BM serta teacher English kami Cikgu Din yang seolah olah sedang bercekak pinggang sbelah kami saat itu.

Hasilnya, kami satu kelas Alhamdulillah lulus dengan cemerlang untuk paper BM. Terima kasih Cikgu semuanya! hanya ALLAH yang dapat membalas jasa kalian.

Kalau jasa guru seringkali kita tidak lupakan, mana mungkin kita bisa melupakan semangat dan pengorbanan Rasulullah S.A.W untuk kita umat akhir zaman ini?! tegakah aku melupakan pesanan akhir baginda? Sombongnya kita menikmati hidup hari ini walhal kita selalu lupa, jasa baginda untuk kita. Baginda tidak pernah lupakan dan selalu merindukan kita. Adakah kita merindukan Rasulullah S.A.W? Atau kita dengan megah merasakan kita mampu sendiri kelak tanpa syafaat baginda?

Sempena menyambut Maulidur Rasul tahun ini, bagi mengingati hari lahir seorang yang sewajarnya kita cintai dan sanjungi , seharusnya kita berdoa semoga Allah memberikan kita kesempatan untuk terus dapat beribadat mengikut pesanan baginda dan menjadi umat Islam yang lebih baik dari sebelumnya, In Sha Allah.

p/s: Kita hanya insan kerdil dan hina. corakkanlah hidup dengan keindahan Iman dan Taqwa.. In Sha Allah.

1 comments:

zazanizam said...

Salam Maulidur Rasul..

 

Template by BloggerCandy.com