[Bila aku perlukan pemerhati melebihi pendengar....]

Sunday, January 27, 2013

I'm not a girl, not yet a Woman!

Cewah cewah. Perasan la sangat kan. Actually since this morning duk pikiaq nak wat entry ni but busy semedang dengan hobi terkini [rahsia] maka, kenalah postponed ke malamnya. Now, masa sudah tiba, let's!!

Ku terfikir time masak untuk breakfast pagi tadi [takdelah pagi benor pun..around 11am]; time bujang dulu, kalau tetiba rasa kebulur pepagi, terus capai towel bersiap- mandi and get ready- keluar makan kat kedai, especially zaman hostel time Diploma di Uitm Shah Alam. Masa tu sumber kewangan opkoslah MBF [dibaca sebagai "Mak Bapak Finance"] + PTPTN dan sumber-sumber sejagat lainnya, so memang makan pun mewah jek dan pastinya makan kat luar. Tak masak. Agak-agak lah kot nak masak kat bilik hostel, naiya jek kene halau dengan En Rani  aka bapak tiri jiran sebelah atuk pak man tempe..opss terlebih sudah [sebenarnya warden hostel].

Bila sudah berkeluarga walaupun keluarga kecil, tetap terasa perbezaannya terutamanya time lapar. Jarang sekali nak makan kat luar tanpa sebarang aktiviti outdoor. Bila terasa lapar; lazimnya ku akan terus ketuk kuali 5 kali sambil mata ligat skodeng dalam fridge sambil jerit panggil pembantu dapur cum pembantu segalanya di rumah iaitu Alyaa. Biasanya Alyaa akan bertugas sebagai perantara aku dan fridge serta lambakan pinggan mangkuk yang belum dicuci. Ku akan stay kat sinki sambil siap-siapkan bahan masakan dan Alyaa akan simpankan balik bahan masakan ke dalam fridge.

Sangat ketara kan beza bila ada rumah sendiri dan ada keluarga sendiri, rasa semangat memasak tu lain macam. Semangat nak bagi orang rumah makan hasil tangan kita. Walaupun tak sehebat masakan hebat restoran di luar sana, tetapi tetap rasa dihargai bila si dia makan tanpa banyak karenah [padahal penat dan lapar.....telan jelah!]. Bukan tak makan di luar langsung sejak kawen [itu tipu lah], tapi at least sebelum keluar melahap lepak kat luar, ku pastikan si dia makan dulu kat rumah. Walaupun lauk ringkas tapi sekurang-kurangnya jangan biarkan suami tak merasa air tangan kita isterinya.

Alhamdulillah, dah nak menjengah 3 tahun perkahwinan kami, belum pernah Mr A cerewet dalam soal makan. Kadang-kadang dia sendiri request nak makan ikan masin dengan sambal belacan. Biasanya bila selera berkurang dan idea pun kurang memang ku akan masak seringkasnya. Takut membazir kalau masak beria sangat padahal selera tumpul. So far, senang nak jaga makan minum Mr A dan Alyaa [even though Alyaa susah makan but dia pasti akan makan kalau dihidang]

p/s: Rajinkanlah diriku dan semua isteri untuk memasak seikhlas hati untuk keluarga tersayang! Amin....

0 comments:

 

Template by BloggerCandy.com