[Bila aku perlukan pemerhati melebihi pendengar....]

Monday, January 26, 2015

Marah atau Kesian?!

Salam semua

Hai..... Since banyak sangat kat FB timeline pasal isu ROTAN merotan anak, maka I pun taknaklah ketinggalan nak buka cerita pasal isu ni. Kebanyakan kita pasti sahaja terbiasa dengan budaya merotan dan dirotan. Sejak zaman lampau, rata-rata kita bangsa Melayu khasnya dan seluruh Malaysians, terbiasa dengan hukuman rotan.

Di rumah..
Parents sudah biasa menasihat pakai mulut [celoteh panjang..bingit telinga]...sampai kita jemu tapi susah nak ikut....then disusuli dengan merotan [kalau mulut tak jalan].... Itu pun hanya bertahan untuk beberapa hari sehinggalah parut or rasa sakit hilang....Then buat lagi dan lagi... Hinggalah lali dgn sakit dirotan...

Di sekolah..
Cikgu gemar rotan di tapak tangan atau lebih extreme, belakang badan... Sampai berbirat lah juga...
Tapi balik rumah sorok-sorok daripada parents sebab takut, kena tambahan rotan lagi. Betapa budaya memuliakan guru diamalkan masyarakat zaman dahulu. Berbanding sekarang, Guru dah hilang penghormatan [bukan semua!] kerana masyarakat sudah mula lupa diri dan keutamaan masa kini bukan lagi RESPECT tapi apa sahaja yang sejajar dan berbaloi/setimpal dengan DUIT yang diberi.

So, zaman dahulu isu rotan ini sudah menjadi pilihan kedua selepas nasihat dengan mulut. Kini, pelbagai alternatives digunakan kecuali rotan kerana, masyarakat mula CELIK LAW! Semua ketidakpuashatian akan berakhir di MAHKAMAH. Anak bergaduh, report polis... Cikgu rotan anak, report polis... Anak mengandung luar nikah...salah guru dan MAID... Sewajarnya, sebagai parents kita bukan hanya menyediakan perbelanjaan fizikal untuk anak-anak, tapi perbelanjaan JIWA penting juga.

Pendidikan primary memang penting tapi secondary education pun wajar dititikberatkan. Jangan hanya sibuk hantar anak tuisyen, untuk cemerlang di sekolah, tapi akhlak????!!!!

Banyak kelebihan zaman teknologi sekarang, cuma pantaulah anak-anak. Jangan lepas tangan sahaja. Generasi masa kini lebih genius dan open minded berbanding generasi lampau. Mereka gemar explore new things tanpa dikawal selia sewajarnya oleh parents. Jadi, hentikanlah menyalahkan orang lain. Setakat manalah guru2 sekarang mampu kawal anak2 kita?
Bukan macam zaman dulu kat kampung2; Cikgu naik motor bawa rotan...jelajah kampung2 cari anak2 murid yang gemar bermain jek! Kena hambat berjejer balik rumah baca buku. Zaman sekarang sudah irrelevant. Kalau masih begitu, pasti ramai CIKGU tak jadi cikgu lagi... Kena saman....ehhehehehe

Jadi, kembali kepada isu MEROTAN.... wajarlah kita sematkan sikit dalam minda, menghukum itu perlu tapi biarlah jelas sebab musababnya. Jangan sebab nak lepaskan geram dr pejabat hambur kpd anak bini di rumah.

Sebelum mula marah, bayangkan hidup kita tanpa anak isteri... Rotan bukan sekadar menghukum tapi mendidik jiwa; sayang itu bukan dari sekadar membelai total, tapi wajar ada sedikit perit untuk diri ini ingat yang kita bukan terus bijak menafsir tingkah, tapi dilazimi dengan sakit untuk jelaskan pada nadi, kita buat silap!


p/s: Siapa yang suka kena rotan? Tapi mungkin kerana dirotanlah, kita mengenal erti MANUSIA.


0 comments:

 

Template by BloggerCandy.com