Ha, suka lah tu tajuk ni kan. Bra tu apa? Bra tu coli. Coli tu apa? Coli tu benda yang perempuan selalu sangkut dekat dada bila dia dah ada payudara or boobs. Kenapa tajuk bra? Kenapa? Malu? Buat apa nak malu. Semua orang ada payudara. Cuma saiz berbeza. Saya rasa tajuk ini penting. Bagi awak-awak yang malu nak Tanya kawan mengenai bra dan payudara or whatsoever, saya nak share sikit la info,do & don’t.
Okay lah, kali ini nak cerita sikit mengenai coli dan wanita. Pernah dengar kata pepatah tak, ukur baju di badan sendiri? Tapi kita ubah sikit, “cari bra ikut saiz dada sendiri.”
Wanita, semasa kamu bertukar dari singlet kepada bra, ada tak ibu kamu ajar kamu cara memakai bra atau memilih bra yang sesuai dengan saiz dada kamu? Most girls I bet tak ada. Even kamu boleh tengok sendiri kawan-kawan kamu walaupun dah besar, still memerlukan khidmat kakak salesgirl carikan bra sesuai dengan tubuh dan dada kamu. Penting ke saiz bra? Cup bra? Gila penting kot. Pendapat saya, wanita mahkotanya adalah dada. Ia pun sebahagian tubuh kita. Bukan setakat jaga muka, rupa, gigi dan pinggang. Tapi dada pun penting juga. Okay, ini bukan maksud 18sx juga ya, awas.
Kalau kita selalu tengok orang cari bra Tanya “Kak, Bagi saya bra saiz 36B”.
So maknanya 36 tu saiz ukur lilit badan dia. Manakala B tu saiz cup payudara dia. Dari turutan A sampai Z, A itu maknanya paling kecil comel manakala kalau Z itu saiznya besarlah. Tapi setahu saya rekod paling besar payudara asli adalah milik Norma Stitz, 102ZZZ. Indahnya ciptaan Tuhan gitu.
tengok akak dari jauh je boleh – Norma Stitz
Tips yang saya baca dari kak Susan, dia ni pakai bra. Dia kata in order bra tu keep its shape dan supports, wanita diharuskan untuk selalu menukar pakai bra mereka setiap hari. Bra pun perlukan rehat juga :p Sebab katanya bra tu kan elastic? Jadi dia perlukan ‘rehat’ untuk kembali kepada bentuk asal dan jadi tahan lebih lama.
Okay. Kalau payudara kamu dah terkeluar sedikit dari cup bra kamu, maknanya kamu perlu beli cup lebih besar. Kalau macam ia rasa kosong, kamu harus tukar ke saiz cup lebih kecil. Biasa tak tengok orang pakai bra lepas tu lemak-lemak dari tali bra tu? Especially dekat bahagian belakang atau tepi badan? Selalu orang ingat sebab gemuk kan? Tapi kata kak Susan ni, itu bermaksud bra tu terlalu besar. Cuba pakai bra rendah sikit dari kedudukan asal di belakang kamu dan pakai bra yang mempunyai tali yang lebih halus. So that, lemak-lemak yang terkeluar tu tak Nampak lagi. Bijak betul kak Susan ni. Saya pun tak terfikir. Layak sangat jadi pakar bra! :O
DIY tentukan saiz bra
Bagaimana mahu tentukan saiz bra di rumah ( DIY ) kalau kamu segan ke malu buat di luar :D
Cari tali tape untuk ukur baju tu. Masa ukur tu bernafas macam biasa.
Then, ukur lilit sekeliling badan kamu. Pastikan locationnya betul-betul di bawah payudara. Contohnya kalau ukur lilit tu 30.5 ke, tambah 5 pada nombor tu. Maka saiz lilitan bra kamu setelah diround up jadi lah 36.
Untuk tentukan saiz CUP bra. Ukur lilit semasa kamu pakai bra di bahagian tengah dada. I mean the nipple part. Ok, katakan ukur lilit dada kamu 40.
Ok then kira ( lilitan cup tolak lilitan bawah payudara. 40 – 36 = 4.) Saiz cup kamu ikut guide yang kat bawah ni. 0 = AA , 1 = A, 2 = B, 3 = C, 4 = D, 5 = DD dan seterusnya. So maknanya yang di atas tu saiznya adalah D cup.
Jika kamu kurang confident DIY, boleh saja minta bantuan pada kakak salesgirl bra. Mesti mereka boleh tolong.
JENIS BRA
Jenis bra yang biasa wanita pakai adalah demi bra, korset,Full support bra, nursing bra, padded bra, push up bra, tshirt bra, seamless bra, dan berbagai lagi jenis bra.
Korset - Ia sesuai dengan postur badan dan bentuk tubuh bahagian atas ke dalam bentuk yang dikehendaki untuk disesuaikan dengan gaun pengantin. Biasa pengantin akan pakai corset ni dalam baju pengantin. Memang tak mahal sangat kalau harga di Malaysia. Paling murah boleh dapat dalam RM50 ikut jenama dan material.
Built in bra – selalunya bra ni ada dalam spaghetti top or swimming suit.
Convertible bra – Bra ni strap dia special sikit. Boleh ubah ikut gaya yang diminati. Kalau cari di La Senza, mesti boleh jumpa.
Full support bra – menawarkan sokongan yang baik bagi seluruh payudara, dan ia adalah coli praktikal untuk dipakai setiap hari.
Maternity bra & nursing bra- Bra yang boleh diexpand mengikut saiz payudara yang akan membesar. Nursing bra pula boleh dibuka di bahagian depan bra untuk mudah menyusukan anak.
padded bra – Biasa bra jenis ni disertakan pad khas untuk nampakkan volume pada payudara yang kecil. Alternatif pada gadis remaja yang selalunya akan memasukkan tisu, stokin dalam bra mereka untuk nampak lebih ‘besar’.
Push up bra – bra kegemaran wanita. DIreka untuk menampakkan lagi cleavage. Jenama paling terkenal adalah Wonderbra. Hihi. Dan push up bra ni banyak mengandungi padding, biasanya diperbuat daripada busa atau getah, tetapi ada juga mengandungi pad berisi gel.
Sports bra – Memberikan sokongan yang kukuh untuk payudara, dan bertujuan untuk mengelakkan ketidakselesaan atau rasa malu semasa aktiviti sukan atau riadah.
Tshirt bra – Ok. Selalu wanita menggunakan jenis bra yang salah bila memakai tshirt. Ada yang jenis renda-renda sampai ada yang menegur adalah itu ‘nipple’ or renda? So kalau pakai baju yang materialnya cotton or macam tshirt, seeloknya pakai tshirt bra ni. selalunya ia direka supaya tak nampak garisan bra bila memakai baju atau tshirt yang ketat.
Myth & fakta tentang bra
Tak ada bra yang sempurna dengan badan dalam dunia ni.
Bra yang longgar lagi bagus untuk badan. – Siapa cakap? Bra yang fit-fit pada badan lebih bagus okay.
Pakai bra boleh mengelakkan payudara kendur. – Tahap kekenduran payudara ni sebenarnya berlaku secara semulajadi.. Tapi genetic, gravity dan ibu yang dah tak menyusukan anak pun jadi factor kenapa payudara mudah kendur. Pakai bra boleh mengelakkan payudara ‘nampak’ tak kendur. Bukan nya prevent ia jadi kendur. Ingat tu.
Pakai bra underwire boleh menyebabkan kanser payudara. Katanya block lymphatic system la, kumpul toksin la. Ha, kalau jumpa data or fact dari pusat kanser, boleh emailkan pada saya okay? Selagi tak ada fakta, silakan percaya ini myth saja.
Satu saiz bra untuk satu badan. Tak semestinya. Pendapat saya, ikut brand or jenis bra lah. Tak semua saiz bra sama dengan badan kita. Yang penting sekali sebelum beli bra, TRY DULU PLEASE.
Secara peribadi, saya tidak fikir ada umur khusus untuk anak gadis mula memakai bra or coli.Just apabila kamu mula melihat bahawa dada anak kamu tidak lagi kelihatan seperti dada seorang budak kecil, ia adalah masa untuk membeli coli dan bra.
Start kan dengan membelikan mereka training bra. Semua wanita pun pasti melalui zaman ni. Ibu bapa pun kena prihatin kerana isu ni sensitif untuk anak gadis dan melibatkan self esteem mereka.
p/s :
So sampai sini je info bra untuk semua :p kalau ada lagi, saya share ok. ^^
Credit : Wanista.com
0 comments:
Post a Comment