Masyarakat Melayu terutamanya masih mundur dalam perkongsian menghadapi alam rumah-tangga. Alahai, excited aku bila kenkawan nak kawen. Well, kawen memang pening masa preparation, time majlis berlangsung. Tapi sebenarnya cabaran perkahwinan tu bukan waktu itu, tapi selepas majlis selesai dan pasangan memulakan kehidupan selepas bergelar suami isteri. Waktu ini even dah couple bertahun atau kawan dah berbulan, campur tempoh bertunang lagi [fuhh!!] memang tak membantu. Lepas kahwin sure rasa macam baru kenal balik sebab mungkin proses menyesuaikan keadaan then kita mungkin masih menghadapi the unexpected situation.
Bercinta lepas sah ikatan ini lagi lain feelnya. Keberkatannya sangat berlainan juga. Proses penyatuan dua jiwa, berkongsi segalanya baik manis, pahit, baik dan buruk malah kadang-kala berkongsi rasa sakit, marah, geram, gembira,sedih dan sebagainya. Perselisihan faham ketika couple atau bertunang amatlah berbeza rasanya ketika sudah berkahwin. Walau marah dan geram berbaur satu, tapi jika ada pihak lain cuba memprovokasi pasti kita akan rasa jengkel dengan pihak lain. Kita akan lebih utamakan pasangan kita dan yang pastinya rasa amarah tadinya akan mula hilang sendiri.
Isteri memang istimewa tempatnya. Sebagai isteri juga bukan mudah kita nak pikul tugasan yang hakiki. Kalau waktu couple atau tunang dulu, kita boleh sentiasa menang dalam setiap perkara, ketika menjadi isteri kita perlu banyak mengalah. Sikap ego dan pentingkan diri perlu dibuang jauh. Kita pasti tidak mahu kerana sikap sebegitu yang masih tebal dalam diri menjadi punca keretakan perhubungan kita. Lelaki memang tercipta untuk bersikap kental, sukar mengerti dan sangat sukar difahami. Justeru sebagai isteri kita jangan mudah berputus asa dan rendahkan sedikit ego kita untuk sentiasa mohon maaf, megalah serta pandai mengambil hati suami. Jika suami kita anak emak, kita boleh cuba lebih mengambil hati ibunya. Kita boleh belajar resipi kegemaran suami daripada wanita kesayangannya. Jangan biarkan suami terpaksa membuat pilihan [kita atau ibunya]. Bukankah jika hati ibunya sudah kita tawan, suami juga akan kalah.
Normal bagi setiap ibu berasa janggal menghadapi kehilangan anaknya. Mungkin pada fikiran mereka, selepas anak mereka berkahwin, mereka sudah tidak menjadi keutamaan anak-anak. Kita sebagai menantu seharusnya meluangkan lebih masa dengan mentua dan bijak mengawal emosinya. In Sha Allah mentua tidak akan merasa kehilangan malah dia akan beranggapan dia sudah mendapat anak yang baru. Kita juga akan melalui hari-hari seperti mereka kelak. Kita pasti tidak mahu berasa seperti itu. Memikat hati suami bukan sekadar menjaga makan pakainya semata, kita juga kena sentiasa bijak mengawal suasana ketika bersamanya. Belajarlah menyukai minatnya dan menghormati hobinya. Belajar mengenali rakan-rakannya dan hormati orang kesayangannya. Jika kita mahu suami menyayangi keluarga kita, kita juga harus menyayangi keluarganya seikhlas hati juga.
0 comments:
Post a Comment