Duk asek menaip cerita ceritu siri tu jek kan. Sekarang santai sikit. Pepagi dah keluar beli groceries dengan Alyaa. Breakfast kat KFC depan OTK Puchong Prima nun. Dekatlah sikit nak tolak troli terus lepas makan, almaklumlah hakak kan nak sopink. Dah almost a year ni aku duk sopink barang makan [eleh suke!] jek. Lama tak sopink baju ke, make up jauh sekali. Selalu duk hapdet pun facial cleanser jelah and other toiletries yang penting untuk ku anak beranak.
Bila keadaan rumah makin padat dengan lambakan baju Alyaa yang baru [lama sangat tak sorting baju-baju semek sorang ni] justeru makin dasyatlah situasi dalam bilik sang puteri suara nyaring suka nangis ni. Maka [baru intro daa..] aku dengan rendah dirinya menelefon satu nombor ajaib yang telah bermurah hati menghulurkan seorang part time maid untuk aku sat tadi. Selama 4 jam si dia akan menyental seluruh isi rumahku yang memang sudah lama minta disental. Haruslah aku menghargai keakraban aku dengan dunia maya yang memungkinkan aku mendapatkan nombor ajaib itu.
Kita tunggu hasilnya malam nanti...ehehehhehehhe
0 comments:
Post a Comment