Kerjanya masih
menimbun. Cuaca di Kuala Lumpur makin tidak menentu sekarang. Jika paginya
panas terik sehingga lewat petang, kemudian hujan pula sehingga tengah malam.
Dia sudah memaklumkan kepada Zaqwan bahawa dia terpaksa OT hari ini. Dia mesti
siapkan kerja-kerja itu sebelum dapat bercuti mengikut suaminya ke Dubai. Sudah
beberapa kali dia menolak ajakan suaminya kerana desakan kerja serta tumpuannya
kepada studio seninya, namun kali ini dia terpaksa beralah kerana suaminya
sudah merajuk panjang.
Suaminya
bekerja sebagai Ketua Jurutera Mekanikal dengan sebuah syarikat Jepun yang
bertapak di Malaysia. Kerjanya menuntut dia untuk kerap ke luar negara untuk
memenuhi tempahan serta meneliti hasil kerja wakil luar pihak syarikat. Dia
disegani di kalangan rakan sepejabat yang berbangsa Jepun kerana kefasihannya
berbahasa ibunda mereka. Kerapkali majikannya mengusulkan dia bekerja sahaja di
ibu pejabat mereka di Jepun tetapi dia terpaksa menolak kerana Uyin.
Uyin cuba fokus
untuk menyiapkan kertas kerja untuk diserahkan kepada ketua jabatannya esok.
Dia sebolehnya cuba menahan lapar gara-gara dia terlupa untuk keluar makan
tengah hari tadi dek kerana kerja yang menimbun. Fail-fail rujukan disusunnya ke
bahagian tepi meja kerja. Dia memerhati sekeliling sebelum bingkas bangun menuju
ke pantri. Sambil menunggu cawannya penuh dengan neslo panas, dia sempat
mengirim SMS kepada suaminya mengatakan dia mahu bermalam di studio
merangkap apartment lamanya yang terletak tidak jauh dari pejabat.
Sedang asyik dia menghirup perlahan minumannya, dia menerima balasan SMS berupa
kebenaran daripada Zaqwan yang turut risaukan keselamatan isterinya pulang ke rumah mereka yang agak jauh lewat malam begini. Dia menghela nafas lega dan segera menuju ke meja
kerja untuk mengemas fail-fail serta Macbook Air kesayangannya untuk dibawa ke
studio. Dia sudah tidak betah lagi berlama di pejabat seorang diri. Dia perlu
bersihkan diri dan solat untuk mengembalikan semangatnya untuk menyambung
kerja. Mujurlah perjalanan dari pejabat ke studionya hanya memakan amsa 10
minit. Setelah tiba di studio, dia menyalakan semua lampu dan bergegas untuk
mandi. Studio itu tetap kemas kerana dia selalu memastikan ada part time maid
yang akan datang 4 kali sebulan untuk merapikannya.
Jam sudah hampir ke
tiga pagi. Masih ada dua muka surat untuk disiapkan sebelum dia dapat
melelapkan mata. Kertas kerja itu penting untuk mesyuarat tender baru yang
diperoleh syarikatnya. Dia mahu menunjukkan kerja yang bermutu dan tidak
memalukan syarikatnya. Tepat jam empat, kerjanya selesai dan dia tidak menunggu
lama untuk tidur. Dibiarkan sahaja semua lampu terpasang kerana rasa kurang
yakin dengan keselamatan diri. Sempat juga dia berkalih ke kiri dan kanan sebelum berjaya melelapkan mata tanpa Zaqwan di sisi.
“Nurin, terima kasih. Awak memang
berbakat. Kami harap awak akan terus tunjukkan prestasi sebegini pada masa akan
datang.” Terasa berbaloi pengorbanannya menyiapkan kerja dengan mengabaikan
masa peribadi apabila dihargai oleh majikannya. Dia ikhlas melakukan kerja dan
perhargaan itu amat bermakna namun dia selalu beringat untuk tidak lalai dan
berikrar untuk lebih berjaya kelak. Dia menghubungi suaminya untuk mengajak
suaminya makan malam di luar selepas habis waktu kerja. Sudah lama dia tidak
menjamu selera di Restoran Ali Cafe atau lebih dikenali sebagai kedai bomba
yang terletak di hadapan Balai Bomba Bangsar.
Zaqwan sudah sedia
menantinya ketika dia sampai maklumlah pejabat suaminya tidak jauh dari restoran
itu. Dia terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas di tengah Kuala Lumpur untuk
ke sini. Namun dia rela kerana sudah hampir setahun dia tidak ke sini. Selepas
memesan makanan kesukaannya iaitu sup ekor serta nasi goreng cendawan, dia
terus bergegas ke tandas. Sejak akhir-akhir ini dia kerap buang air kecil
dan badannya tidak selesa. Zaqwan turut berasa risau namun dia sudah puas
memujuk isterinya untuk berjumpa doktor. Ada sahaja alasan yang bakal didengari
setelah usul itu diberi.
0 comments:
Post a Comment