[Bila aku perlukan pemerhati melebihi pendengar....]

Friday, October 2, 2015

Hello Semester 9!!!

Pejam celik pejam celik dah hampir ke penghujung perjalanan degree Nad. Pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang pengajian Nad di IMU dan most of the time Nad pancit dan bangkit semula sebab Nad sedar, nasib Nad dan masa depan Nad hanya Nad yang boleh corak dan bentuk selain doa dan serahkan pada Dia.

Hari ni, Nad berjaya menyudahkan Semester 8 Nad dengan presentation about Nad punye experience throughout Industrial Attachment a.k.a Internship. Hopefully semuanya dipermudahkan dan Nad dapat buat terbaik untuk semester akhir Nad nanti.

So, untuk semester akhir ni Nad ada 3 modules dan satu thesis untuk disiapkan dan barulah Nad bergelar siswazah.. cewahhhh In Sha Allah... Well, banyak yang Nad akan rindu dan geram dengan IMU tapi di sinilah Nad menimba ilmu baru dan amat bermakna pada diri Nad.

Sepanjang pengajian Nad, banyak Nad belajar dan banyak peristiwa yang mengubah perception Nad dengan life dan diri sendiri. Nad belajar sayangkan diri sendiri dan belajar tentang priority sebagai manusia dan yang penting Nad sedar Nad bukanlah Superwoman yang ada super power yang mampu dalam segala perkara. Human was born with limitations.

Please pray for Nad dapat kekalkan pencapaian cemerlang untuk semester akhir ni. Nad tak sabar nak plan life after dah graduate. Nad nak fokus dengan keluarga, especially membantu Mr A dengan online business dia and also Alyaa untuk menempuhi UPSR tak lama lagi tu...


Till then...

"We might hurt ourselves and others throughout life, but no one will live this life as you!"


0 comments:

 

Template by BloggerCandy.com