Hola semua...
Pejam celik pejam celik, dah setahun bergelar pelajar. Banyak suka duka yang aku tempuh dan pelbagai pahit manis ku lalui dengan penuh tangisan dan ketawa. Eceh, kecut mata tengok madah sastera la sangat. Well, this semester banyak mematangkan aku sebagai manusia tentang pentingnya ilmu yang berkat dan ilmu yang diperolehi hasil titik peluh sendiri. Mungkin orang luar bahkan aku sendiri before jadi student this course anggap Psychology senang jek daripada Engineering, padahal kalau sudah namanya Ilmu pasti ada onak ranjau untuk ditempuh. Memang tercabar ditambah dengan memory yang sejengkal...nak menghafal terms yang banyak tu so amatlah terasa kesukaran tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan so far.
Menangis lepas tengok result dan ketawa celebrate usaha diri sendiri memang tiada tolok bandingannya. Mungkin inilah nikmat belajar dengan pilihan sendiri dan disokong padu oleh insan tercinta. Doa doa family dan rakan rakan yang tak putus untuk bekalan aku redah segala kesusahan ni. Syukur sangat bila minggu depan bakal melangkahkan kaki ke IMU sebagai pelajar tahun 2 sudah... syukur Ya Allah.... Semoga semester 4 ini dan seterusnya, dipermudahkan segalanya oleh yang MAHA KUASA.. Amin....
0 comments:
Post a Comment