[Bila aku perlukan pemerhati melebihi pendengar....]

Sunday, December 23, 2012

Recipe : Ayam Masak Kicap Ila


Hai korg.... ha kali ni terasa nak share menu santai aku selalu masak bila idea masak abes iaitu Ayam Masak Kicap. Ini memang feberet hubby n Alyaa la so far.... Aku suke sbb senang nak masak n tak lenguh tangan sebab bior jek dia kering..kihkihkih...



Bahan-bahan :-

Ayam dipotong2 [suke hatilah kecik2 ke besar2 ke janji muat kuali korg]
Kicap karamel pekat
Sos tiram  2-3 sudu besar
Sos cili   2-3 sudu besar
Lada hitam 2 sudu kecik
Halia [aku suke cincang supaya Alyaa telan semua] 2inci
Bawang merah/putih/halia skit [ kisar sampai lumat ] ikut keperluan
Cili kering  [rendam n kisar lumat] dalam 3-4 susu besar
Serai 2 [dititik] tanak pun takpe...
kiub pati ayam [satu]
garam/gula/perasa [secukupnya]
tomato/cili besar [as hiasan kalau rajin]
air

Cara-caranya :-

Tumis bawang2 mesin 2min then masukkan halia cincang n cili kering kisar. Cepat2 masukkan gula skit... Then gaul semua sampai naik bau and nampak kering skit. Cepat2 plak masukkan skit air [dlm 2-3 sudu] sbb tanak hangus. Masukkan kicap karamel dlm 4-5 sudu besar then sos tiram n sos cili. Gaul2 biar rata then campak jek ayam korg then gaul rata2. Masa nilah korang masukkan kiub pati ayam then gaul sekali lagi sampai semua bahagian serasi.. cewahhh... Api sila slowkan lah supaya sos kicap semua tu tak hangus. Nanti pahit

Pastu masukkan skit air,serai then garam then ajinomoto skit... biar sampai ayam masak then kuah tu makin mengering but JANGAN terlalu kering sbb nak juga ada kuah2 skit ala2 sos gitu....Bukan nk buat rendang kan.. So lepas ayam dah 40percent kecik dari saiz asal tu.... Rasalah kalau  nak sgt rasa masin dia ok ke tak?

Taraa..... siaplah.......


p/s : Suke hatilah korang nak hias dgn apa pun.... Nak masam2 skit letaklah tomato time nak keringkan sos dia tu.. ok chao!!!

0 comments:

 

Template by BloggerCandy.com