[Bila aku perlukan pemerhati melebihi pendengar....]

Thursday, January 3, 2013

Recipe : Special Sauce

Haluu.... So, now nak share resipi simple je pun khas untuk yang ketandusan idea bila nak masak for nasi campur. Well, mostly malay makan mesti nak ada kuah if not rasa kering.. Even pakai kicap pun jadi as long as tak plain. Oklah, ku nak share satu sos yang multi-purpose. Boleh makan dengan bubur nasi kosong with ikan masin n jeruk lobak and ikan bilis [sila kecur sekarang] or makan dengan nasi with Ikan/Ayam/Telur goreng begitu sahaja.

Bahan-bahannya :-

Bahan A [dihiris nipis]
Bawang merah
Bawang putih
Halia


Bahan B
Sos cili
Sos tiram
Serbuk lada hitam
Gula
Garam/perasa

Dan...sedikit air.

Cara-caranya :-

Tumiskan Bahan A sehingga kekuningan sebelum masukkan Bahan B. Gaul rata dan tambahkan sedikit air mengikut tahap kelikatan yang disukai.Biar sampai mendidih.

 Kalau nk makan dengan bubur nasi, sila pekatkan sedikit. Kalau dengan nasi biasa, cairkan sikittt jek... Rasanya masam masin manis which is best makan begitu sahaja tanpa campur kuah lain. Kalau suke pedas, sila taruk chili flakes/ cili padi bebanyak. Ikut kesukaan kome la... :)

p/s: Selamat mencuba. Sesuai untuk meke yang demam dan hilang selera makan. Selalu Mr A demam kita akan buat ni. :p

0 comments:

 

Template by BloggerCandy.com