[Bila aku perlukan pemerhati melebihi pendengar....]

Thursday, January 3, 2013

Oh My Books!

Salam Tahun Baru 2012..oppss 2013..Setara dengan pertambahan angka tak kiralah tahun,usia dan pengalaman kita, kita pasti ada memasang niat/azam untuk mencorak tahun baru dalam hidup kita. Minat kita pasti berbeza antara satu sama lain tapi ada sesuatu yang selalu akan sama, tak kiralah mereka berpelajaran tinggi atau lulusan sekolah rendah/tadika asalkan tahu membaca dan tidak buta huruf - MEMBACA BUKU. 

Mungkin kita suka membaca genre yang simple dan tak pening kepala untuk berfikir kerana tujuan membaca pun untuk santai - tidak serabutkan otak. Bagi saya, novel bergenre romatik/komedi/supernatural menjadi kegemaran saya setiap kali mahu membeli sesebuah karya. Tidak kiralah dalam Bahasa Malaysia atau English, yang pastinya saya tertarik untuk membaca genre sebegitu. Bukan kerana ketaksuban mengikut style terkini filem tetapi, hakikatnya saya memang sudah lama terpaut.

Setakat ini, novel keluaran Jemari Seni, Buku Prima dan Kaki Novel menjadi pilihan. Selain itu karya daripada penulis, Kerrelyn Sparks memang menjadi minat utama. Hasil penulisan beliau yang real dan mudah difahami kerana setiap ayatnya yang begitu terperinci membuatkan saya terbuai setiap kali membaca. Love at Stake Series merupakan kegilaan saya. Memang fenomena. Setiap kali ke Kinokuniya, KLCC saya pasti terus ke rak buku yang mempunyai siri novel tersebut. Novelnya lebih kepada Supernatural Romance which is sangat interesting dan gaya penceritaan bersahaja.

p/s: Lama dah tak pergi Kinokuniya. Someone please drag me there. :( 

2 comments:

faY said...

baru semalam pergi popular. heee beli the wedding breaker. tertarik dgn tajuk tu. tu yg beli :)

Unknown said...

Besttt kan kalau dapat baca buku...ehehhehehhee hopefully time nak belajar nanti rajinlah juga nak baca buku ;O

 

Template by BloggerCandy.com