[Bila aku perlukan pemerhati melebihi pendengar....]

Monday, December 31, 2012

Petua : Membina Masjid


Melangkah ke dunia rumahtangga memang penuh pancaroba. Adakalanya panas dan adakalanya sejuk. Ada juga ketikanya hubungan pasangan suami isteri menjadi begitu tawar sehingga tiada lagi perasaan sayang antara satu sama lain. Walaupun pada waktu awal perkahwinan pernah berjanji setia untuk sehidup semati.


Untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini dalam rumahtangga. Di bawah ini diberikan beberapa petua agar hubungan kekal hingga ke akhir hayat :-






1. Tanggungjawab


Pasangan suami isteri harus pandai memainkan peranan masing². Jangan lupakan tanggungjawab. Dari azali lagi suami dan isteri telah diberikan tanggunjawab yang berbeza. Jika tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas, pasti rumah tangga menjadi aman dan bahagia.






2. Jujur.


Satu perkara yang harus diingat oleh pasangan suami isteri. Semat dalam hati sikap jujur. Jangan sesekali khianati pasangan. Seeloknya segala apa tindakan, masalah dan perasaan dikongsi bersama dan jelaskan dengan jujur. Sekali kita mengkhianati perhubungan sampai bila² pasangan tidak akan percaya dengan cakap kita.






3. Taat.


Isteri harus taat dan setia pada suami begitu juga sebaliknya. Setiap perhubungan biar dengan seorang sahaja. Tidak ada siapa mahukan perbandingan dengan orang lain. Suami pula harus tahu bahawa tiada wanita ng mahukan dimadu. Begitu juga wanita, tiada lelaki yang mahu dibandingkan dengan mana² lelaki. Seharusnya setiap pasangan taat mentaati antara satu sama lain.






4. Orang Ke Tiga.


Sekiranya anda mempunyai masalah dengan pasangan, elakkan adanya campur tangan orang ketiga. Selalunya orang ketiga boleh mengusutkan lagi masalah yang dihadapi. Perlu diingat, masalah rumahtangga jangan dibawa keluar. Jika bermasalah, berbincanglah. Duduk satu meja. Luahkan apa yang terpendam dalam hati agar tidak timbul sebarang kecurigaan.






5. Faham Memahami.


Perkahwinan adalah satu media untuk anda lebih mengenali pasangan. Hidup bersama memberikan peluang kepada anda untuk mendekati dan belajar apa yang digemari dan dibenci oleh pasangan. Jangan anggap selepas sahaja diijabkabulkan , anda sudah mengenali pasangan sedalamnya. Sematkan dalam hati bahawa perkahwinan itu adalah satu tingkat untuk anda merapatkan diri dengan pasangan dengan lebih akrab.






6. Pikat Memikat.


Anda harus sedar proses pikat memikat tidak terhenti apabila anda sudah berumahtangga. Tetapi, proses memikat harus dilakukan setelah bergelar isteri dan suami. Teruskan memikat pasangan walaupun umur anda sudah meningkat ke usia emas. Tidak salah untuk memikat pasangan demi kebaikan bersama.






7. Bergurau Senda.


Salah satu cara memikat pasangan adalah bergurau senda. Jangan biarkan persekitaran perhubungan sentiasa dingin. Panaskannya dengan gurauan. Menggeletek, berseloka dan berkata manis adalah satu contok bagaimana untuk bergurau senda.






8. Teman, Kekasih dan Suami/Isteri.


Jadikan suami atau isteri sebagai teman dan kekasih. Selalunya, teman adalah orang yang paling kita rapat dan percaya. Segala masalah dan rahsia akan dikongsi bersama. Jelas disini bahawa peranan teman amat besar dalam kehidupan seseorang. Kerana itu, jadikanlah pasangan anda sebagai tempat mengadu.






9. Hati Ke Hati.


Jika anda bergaduh atau tidak bersefahaman dalam apa jua perkara, jangan biarkan perkara itu berlarutan selama 3 hari. Sebaiknya, duduk berbincang dan berterus terang mengenai apa yang ditengkarkan. Berbincanglah dari hati ke hati. Luahkan apa yang terbuku. Biar segala masalah dapat diatasi segera.






10. Kualiti Masa.


Sebenarnya masa bersama dengan pasangan memang terhad. Kerana itu anda harus pandai membahagikan masa. Sayangilah pasangan dan hiburkanlah hati pasangan. Jika isteri atau suami menunggu pasangan pulang ke rumah setelah habis bekerja, janganlah dilengah-lengahkan perjalanan pulang. Ingatlah orang yang disayang menunggu di rumah.






Semoga perkongsian ini memberi kebaikan bagi seluruh umat..:)





p/s: credit to Pencinta Janggut

0 comments:

 

Template by BloggerCandy.com