Kita selalu berpendapat bahawa kita selalu mengerti perasaan dan kesusahan orang lain. Kita terkilan apabila orang lain seakan sukar mengerti hasrat kita. Kita selalu mengimpikan kelancaran dalam setiap urusan sedangkan halangan dan rintangan yang kita hadapi mungkin akan menjadi kenangan paling manis kelak. Mungkin kita mahu kesempurnaan dalam urusan namun kadangkala kekurangan itu mungkin jalan terbaik untuk memahami erti kesempurnaan.
Impian yang indah untuk dimiliki semua insan namun kita tidak berhak mempertikaikan jika impian itu kekal menjadi impian dan tidak menjadi kenyataan. Kita pasti berusaha gigih namun tetap menemui jalan buntu dan kita tidak merasakan usaha itu sia-sia bahkan kita tetap terus berusaha. Jadi, jika sekali kita terjatuh, tidak salah untuk menangis kesakitan. Yang salahnya adalah kita enggan bangun semula untuk berjalan kerana takut jatuh kembali.
Justeru, kita harus tekadkan dalam hati bahawa setiap perkara yang telah dan akan berlaku tidak akan sesekali meruntuhkan keyakinan kita malah akan lebih mendorong kita untuk mengecapi kejayaan pada saat akhirnya nanti!
0 comments:
Post a Comment