[Bila aku perlukan pemerhati melebihi pendengar....]

Thursday, November 22, 2012

BUKA BUKU BARU, DENGAN SEMANGAT BARU

Well, lama tak jenguk blog apatah lagi nak posting anything. Bukan sebab busy pun. Maybe minat menulis berkurang. All of sudden lepas masak tadi terfikir nak berblog; kali ni lebih personal dan bersifat journal-bukan fasal orang lain tetapi semata-mata tentang aku SAHAJA.

Rutin harian today, biasa je. Nak bangga sesangat pun macam redha jek. Sebabnya, mood dah berubah-ubah. Almaklumlah, sedang dalam Zon Merah [iaitu PMS]. Sigh. Rimas dengan environment pun betul juga. Tapi hakikatnya aku memang dari azali memang cepat bosan. Mujurlah aku tak bosan jadi wife orang. Huhuhu , naiya kalau macam tu.

Idea nak memasak pun cair dan tak mencurah-curah macam air hujan kat luar tu. Driving tadi pun ala-ala fobia sejak accident kat Sunway Mentari awal bulan hari tu. :( Tak pasal-pasal, RM280 hangus. Seratus dah bayar, tinggal lagi RM180 bulan depan baru plan nak bayar. Bulan ni dah pokai. Dengan belanja harian lagi, petrol nak kene fikir, tol ulang alik kerja, takkan taknak makan time lunch. Peningnya. 

Jadinya, bila telinga or mata ter"detect" anasir-anasir luar yang memandai nak condemn and tahu nak blame aku tu, jadi panas sangat hati. Tahukah mereka aku bukan duduk goyang pungkok jek kat rumah, mengharap laki bawak balik duit sekodi. TIDAK ya puan-puan! Kepala aku sarat memikir sumber pendapatan untuk mencukupkan belanja bulan-bulan sekeluarga. Maybe mereka berfikiran sempit [sebenarnya aku nak kata bongok,tapi kasar kan?!]. Orang yang tak biasa jadi kuli batak orang serta hanya tahu duduk rumah sambil mengembangkan pipi serta mulut [sebab mengumpat] memang susah nak diterima pakai kata-katanya.

Tamat cerita pasal orang bodoh tu. Tak lama lagi aku dah nak bergelar student balik [In Sha Allah]. Hopefully, segalanya berjalan smoothly dan rezeki kami sekeluarga bertambah selepas ni. Aku hanya harapkan kenkawan yang kenal atau yang jauh even tak kenal sangat tu, doakanlah aku dan keluarga aku ni, bukan hanya tahu mengutuk dan menghukum walhal cermin tak letak depan muka. Sikap kita depan orang itu cerminan hati kita kadang-kadang. Mungkin kita lupa menilik diri dan tegar mencemuh apa yang kita pandang. Kesian orang-orang sebegini. Berdoalah kita semoga orang-orang sebegini diberi hidayah Allah. Amin.

Oklah, malas dah nak menaip. Nak get ready nanti inche suami balik, nak dinner pulak. Kesian dia penat [eceh, baru reti!]. Ok korang, nanti kita share benda alah lain lagi. 


0 comments:

 

Template by BloggerCandy.com